Penghawa dingin tidak dapat
menyejukkan ruang tanpa gas bahan pendingin. Gas bahan pendingin adalah bahan
utama dalam proses penyejukan. Setiap aplikasi menggunakan gas bahan pendingin
yang berbeza.
(1) Gas Pendingin R410a
Gas R410a adalah gas pendingin
yang mesra alam yang telah digunakan di dalam sistem penghawa dingin rumah yang
terkini. Gas R410a menggantikan peranan gas pendingin R22 yang mana
R22 telah dikatakan penyumbang kepada pemanasan global dan kesan rumah hijau.
Rata rata semua penghawa dingin jenis inverter menggunakan gas R410a ini.
Sistem pemaipan bagi unit penghawa dingin yang menggunakan gas ini juga berbeza
dengan unit yang menggunakan gas R22 yang mana pemaipan tiub kumprumnya lebih
tebal dan diameter yang lebih kecil. Ini disebabkan sifat gas R410a yang
mempunyai tekanan yang tinggi dan aktif.
(2) Gas Pendingin R22
Gas R22, bahan pendingin yang juga
digunakan bagi unit penyaman udara konvensional (lama).
Tetapi penggunaanya mula nak
diharamkan di malaysia kerana kandungan CFCnya boleh menipiskan lapisan ozon
dan menyumbang kepada pemanasan global.
(3) Gas Pendingin R134a
Gas R134a adalah gas pendingin
yang mesra alam yang telah digunakan di dalam sistem penghawa dingin
kereta. Gas R134a menggantikan peranan gas pendingin R12 yang mana
R12 dikatakan penyumbang kepada pemanasan global dan kesan rumah hijau. Hampir
kesemua kenderaan keluaran 2006 ke atas menggunakan gas bahan pendingin ini.
·
(4) Gas Pendingin R12
Gas R12, bahan pendingin yang juga digunakan bagi unit penyaman udara
konvensional (lama) bagi kenderaan..
About Unknown
Hi, My Name is Hafeez. I am a webdesigner, blogspot developer and UI designer. I am a certified Themeforest top contributor and popular at JavaScript engineers. We have a team of professinal programmers, developers work together and make unique blogger templates.
0 comments:
Post a Comment