TANDA-TANDA
AIR COND KERETA AKAN ROSAK
“Encik, compressor
air-cond kereta encik sudah rosak. Kena tukar ni, harga lebih kurang
RM2000.” Wow! Mesti terbeliak biji mata anda kan. Mana tidaknya, sekarang ini
dah hujung bulan. Poket dah makin kering, ada habuk saja.
Berpusing
kepala fikir sebab nanti nak bawa anak-anak pergi sekolah, pergi mencari
rezeki, pergi jalan-jalan dan macam-macam lagi. Kadang-kadang terlintas juga,
kalau aku seorang je, aku tangguh dulu baiki. Naik kereta
pakai fresh air, hirup udara segar. Tapi dah ada family tak
bolehlah macam ni, nak tak nak kena baiki juga.
Yang
ada kad kredit terus swipe kad, yang tiada kad kredit
berhutang dengan kawanlah nampaknya. Namun jika financial planning anda
bagus, perkara ini tidak begitu menjejaskan anda. Baik, ini cerita lainlah
kalau nak sembang pasal financial planning.
Ini
cerita kenapa air-cond compressor rosak dan bagaimana anda
boleh elakkan daripada duit anda melayang. Mungkin anda tidak dapatkan elak
100%, akan tetapi sekurang-kurangnya anda mengurangkan risiko berlakunya
kerosakan. Jom kita lihat perkara-perkara utama yang kita perlu berjaga-jaga.
1. Kandungan Refrigerant (Gas)
Yang Rendah
Apabila
ada kebocoran dalam paip saluran refrigerant, kandungan gas akan
berkurangan. Menyebabkan compressor anda terpaksa bekerja
keras untuk mencapai suhu yang sejuk. Lama-kelamaan compressor akan
rosak.
2. Kandungan Refrigerant (Gas)
Yang Terlampau Tinggi
Jika
sekiranya anda tidak bernasib baik terjumpa dengan mekanik yang kurang mahir,
diisinya gas terlampau banyak mahupun tertukar jenis gas yang digunakan, maka
terimalah duit anda melayang. Pastikan anda rujuk kepada manual
air-cond kereta atau rujuk kepada yang pakar.
3. Coil Kotor
Pernah
tengok coil? Kalau anda pernah tengok kat air-cond kat
rumah atau belakang peti ais, anda nampak besi warna gangsa atau keemasan.
Jika
ianya sangat kotor, ianya tidak dapat berfungsi seperti biasa menyebabkan compressor anda
juga terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyejukkan sistem. Lama-kelamaan compressor anda
terlebih panas dan akhirnya rosak.
4. Masalah Litar/Komponen
Elektrik
Yang
ini seolah-olah silent killer. Kenapa ya? Yalah, bunyi macam kecil
saja masalahnya kadang-kadang. Contoh wiring putus, fuse terbakar
dan lain-lain kerosakan elektrik tetapi impaknya anda kena tukar compressor.
Fuh melayang duit.
Seeloknya
carilah mechanic/technician yang berpengalaman dan
lakukan inspection atau servis secara berkala supaya kita
dapat mengesan komponen-komponen yang mungkin rosak ataupun sudah rosak.
5. Kekurangan Lubricant
Jangan
ingat enjin kereta saja ada lubricant. Compressor pun
ada. Yang ini saya sendiri pun ambil ringan, maklumlah jarang dengar pula orang
tukar lubricant compressor.
Yang
pasti selepas beberapa tahun anda pakai kereta anda, anda mesti checkkandungan lubricant
compressor anda. Jika berkurangan maka silalah top up atau
tukar sahaja lubricant baru.
Jika
tanya kekerapan, saya pun susah nak cakap tapi bolehlah rujuk mana-mana technician yang
jujur dan amanah tentang kekerapan menukar lubricant.
Kesimpulannya,
bagi mengelakkan duit anda melayang lagi banyak, maka lakukanlah servis secara
berkala air cond kereta anda.
Ianya
memerlukan sedikit usaha dan labur sedikit wang demi menjaga air cond
compressor kereta anda daripada rosak.
Yang
pastinya harga tukar compressor memang mahal. Akhirnya rujuk kepada mechanic/technician yang
amanah dan jujur berdasarkan pengalaman kawan-kawan ataupun review masyarakat
awam.